Posted by : indra andeskap cumunity Jumat, 31 Agustus 2012

Ayat Gerak - Tendangan, Libasan, lompatan gerak langkah kaki



Ayat Gerak ini adalah khusus untuk mendapat Gerak Geri Langkah Kaki (Terbahagi kepada beberapa Langkah Asas), Tendangan, Libasan Kaki, Langkah Laksamana, Lompatan dan Lompatan Tinggi (Terbang). 

Asas awal murid baru dikehendaki melakukan beberapa Gerak/Senaman Asas untuk diketahui Kekuatan Kekuda, Lutut, Otot2 kaki dan Kekuatan Keting. Semuanya ini adalah amat sangat penting kerana apabila telah mendapat Gerak Geri Langkah, ada beberpa Gerak yang memerlukan kekuatan kai untuk melakukan lompatan tinggi dan libasan yang amat memerlukan kekuatan Keting yang juga memerlukan ketahanan menahan kesakitan. Maka, semua pergerakan ini amat memerlukan kekuatan otot kaki, lutut dan secara umumnya, kekuatan kaki.

Beberapa asas yang diajar menguji kekuatan kekuda ialah murid dikehendaki melakukan kekuda setengah tiang, murud lain akan melompat/naik keatas peha menguji, jika dapat menahan kesakitan dan paras, maka itu membukti murid itu mempunyai sedikit kekuatan asas lutut dan paha.

Ujian kedua ialah melakukan lipatan gunting , dimana kaki dilipat kebelakang, manakala pada masa yang sama murid akan menelentang sambil tangan mendepa diatas lantai/padang/gelanggang. Senaman ini aman penting untuk kekuatan kaki, paha, perut dan belakang. Jika lulus, maka baharulah murid akan diberikan Ayat Gerak ini.

Ayat Gerak Geri kaki mempunyai beberapa terbahagi kepada Gerak Langkah, Lompatan , Tendangan dan Libasan.

AYAT GERAK LANGKAH
==================

Basmallah

Surah Al Kautsar...................1X
Salawat...........................3X


Ya Allah Ya Rabbi
Bergerak 7 Petala Langit
Bergerak 7 Petala Bumi
Diatas Kudrat Dan Iradat MU jua
Berikanlah hambaMU ini Gerak Geri Langkah Seni Silat Sinar Islam Yang Sebenar Benarnya

Yaa Lathif Yaa Hafiz...sebanyak2nya tanpa henti semasa beramal.

Selalunya, murid baru akan mendapat gerak asas langkah Empat Sahabat, Pecahan Langkah Lapan sehingga Langkah 32, seperti mana terdapat pada semua Langkah asas Silat Melayu. Setelah agak mahir dan cekap, maka selalunya murid juga akan mendapat Langkah Kalimah Lam Aliff, yakni langkah2 berupa bentuk Kalimah Lam Aliff, tiada  serupa dengan langkah 4, 8, 16 atau 32. Langkah Kalimah ini amat berkesan apabila menentang Musuh yang menggunakan kebatiana Sihir kerana dengan Langkah kalimah ini, dapat memecah benteng Sihir dan melemahkan Syaitan berkat Langkah Kalimah berbentuk Lam Aliff. Walaupun begitu, jika sudah mahir, murid juga akan diberikan beberapa Ayat Khusus untuk digunakan bersama2 Langkah Kalimah ini seperti Garis Laksamana, Pecah Benteng dan lain2 lagi.

Perhatikan, setiap Ayat2 Gerak menggunakan Surah2 yang berlainan diatas sebab2 yang khusus akan khasiat masing2 dan Fadhilat2nya.

Leave a Reply

Subscribe to Posts | Subscribe to Comments

Welcome to My Blog

Popular Post

Blogger templates


visitor counter

Recent Comments

Blogger templates

Test Footer 2

Facebook
">Index »'); document.write('

Facebook
?max-results=10">Label 6

');
    Facebook
    ?max-results="+numposts1+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts1\"><\/script>");

Pages

Powered By Blogger
Diberdayakan oleh Blogger.

Pages - Menu

About Me

Foto Saya
Afaaaaaaaaa.................h hai kawan2 ingat aku ya,,,yg slalu di hati

Pengikut

- Copyright © Indra Saputra Utama -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -