Posted by : indra andeskap cumunity Jumat, 31 Agustus 2012

Mantera Melayu 2


MANTERA DAN JAMPI SERAPAH MELAYU 2
====================================
Pembaca tentu tertanya bagaimana saya boleh mendapat sebegitu banyak mantera dan jampi serapah melayu, bahkan didalam bahasa Jawa, Siam, Sanskrit, Magribi malahan ada satu dua didalam bahasa Jin. Tahun 80an, ada seseorang di Kuala Kangsar daerah Manong kalau tidak silap, memang mahir didalam bahasa Jin, kadang kala kami berkumpul bersama sepupu dan bapa saudara mendengar celoteh beliau. Samada beliau masih hidup atau tidak, Wallahualam, saya tidak pasti. Lanjutan pelajaran saya ke Asrama Penuh dan Universiti, menyebabkan saya banyak bergaul dengan pelajar dari Sarawak  dan Sabah, maka dari situlah sebahagian besar saya berjaya memperolehi dari mereka yang satu kepala, kami bertukar tukar mantera dan jampi serapah sebagai pengetahuan sahaja. Samada mereka gunakan atau amalkan , saying kurang pasti. Namun bagi saya secara peribadi, ini hanyalah sebahagian perasaan ingin tahu warisan bangsa melayu.

Semasa saya remaja , tempat kami sekeluarga duduk adalah sebuah kem Pasukan Polis Hutan dimana penduduknya semasa itu sekitar 60an ke 80an (sehingga Arwah Bapa Pencen) mempunyai pelbagai kaum dari selutuh Malaysia termasuk orang asli, kebetulan kawasan tersebut juga berhampiran perkampungan orang asli di Perak, maka disinilah bermulanya minat mendalam terhadap Silat Melayu dan Ilmu Kebatinan. Maklumlah, darah sedang bersemangat.

JAMPI TAWAR BISA

Keracunan atau bias haiwan yang boleh mendatangkan maut

Bismillah.......................

Bisak mendatang tawarnya mendatang
Bisak menhilang tawarnya mendatang
Yang bisak tarus menhilang yang tawar tarus mendatang
Kerana yang datang dua berading
Yang satu puaka dari gunung lading
Yang satu keramat dari laut bersanding
Lalun yang bisak menjadi mengaling
Lalu tawarnya menjadi kuling
Poh bisak asal asal pak racun
Poh tawar asal asal pak air
Kedua duanya bertamu diguhak singgari mawadun
Yang kalah hilang
Yang menang manang ‘am
Dengan berkat..............................................

Jampi terus pada tempat kena bias/sakit kearah angin lalu
Pada air hujan murni dibubuh pada kepala , tempat bias, dimandikan, pantangnya, jangan dilangkah, taruh pada tempat yang tinggi dan jangan didalam peti ais

PENGASIH

Kun sarik panjik panjik
Bagurung bagirang
Taulas takani kasih
Taulas takani ngidan
Kasih sayang..........memandang akuk
Cinta sayang ...........meliat akuk
Dengan berkat....................................................

PENDINDING (KEBAL)

Oi rajak segalak rajak
Rajak batatak dirimbak rayat
Oi jin segalak jin
Jin duduk di lautan apik
Oi apik segalak apik
Api goring di nerakak
Semuanyak bermata ampat, ampat darik tujuh petalak
Ampat darik tujuh penjuru alam
Aku ketahuan segalak firasat muk
Asal usul dari keterunun
Jikak ikam mendehakak kepada kuk
Kelorong kelereng tampat mu
Kadak adak lagi tampatnya
Jika kau tunai permintaan ini
Sahabat kita duniak akhirat
Menjagak segala galak
Sehingga ke penjuru alam buanak
Dengan berkat......................................


JAMPI PENDINDING KANAK KANAK

Bismillah.............................

Bismillah ne koriti nah
Roh mane roh tine roh him
Ne kuli saitul jut jinni
Kianat kiauk ya kuk dut


PUKAU JAWA


Hong ui la heng
Niat ingsun matek ajiku
Aji petingoengan
Soko ajisoko yen sopo ketiban
Jin setan peri prayangan podo
Mati ojo maneh rebaking
Janho manungso ora mati
Amblek sar turune koyo mati
Ora pisan pisantangi yen aku
During hong uilameng

Maksud melayu

Niat saya maramal ilmuku
Ilmu pemberian dari aji soko yang siapa saja kejatuhan jin syaitan
Peri prayangan sama mati
Jangan anak manusia tidak mati
Jatuh dan tidurpun seperti mati
Tidak sesekali bangun  ALS
Kalau saya belum......................................

Dipercayai inilah mantera pukau yang dilakukan orang indon apabila memecah curi dirumah mangsa, sebab caranya adalah sama.
Bagi mengalahkan pukau ini, hendaklah menulis Bismillah..............21X dan diletakkan di empat penjuru rumah, caranya mengikut kreativiti masing masing. Sebabnya, mereka sebelum memecah masuk akan membaca mantera ini di satu sudut penjuru rumah, maka azimat daripada Kalimah Bismillah akan menawarkan jin syaitan , lagipun menurut hadis Nabi SAW, jin syaitan sememangnya akan masuk kerumah manusia melalui sudut sudut rumah. Insyallah


MANTERA PETAPAAN JAWA

Hong

Niat ingsun matak ajiku aji bolo seketi
Aji jagad gede  soko dhavane
Sang hyang logos kang luhur sa akehing
Poro wali manjing ono ing saliraku tunggal
Ojomaneh wadiobolo jan mo menungso saketi
Oro tunduk marang aku poro jin setan peri
Prayangan podotatas kocar kacir kesabet dhining
Aku kasabet mengisor tatas mengisor
Kasabet mengetan tatas mengetan
Kasabet mengulon tatas mengidul
Kasabet mengalor tatas mengalor
Atas kerasane Allah, hong
Sang hyang logos yang luhur
Semuanya para wali merasuk kedalam badan ku bersatu
Apalagi sekerabat umat manusia
Sejuta takkan tunduk kepada ku
Para jin setan pari prayangan semua minggir
Terbabat oleh ku, terbabat kebawah putus kebawah
Terbabat ketimur putus ke timur
Terbabat kebarat putus kebarat
Terbabat ke selatan putus ke selatan
Terbabat ke utara putus ke utara
Atas kehendak Allah

H.....................................


PENGGERUN DAN KEBAL GHAIB

Sinar mencerang akan muka ku
Bintang timur akan mata ku
Gajah jantan akan badan ku
Harimau buas akan sandar ku
Buaya ganas kedudukan ku


PENGGERUN BINATANG BUAS

Om si kumara mahadewi om
Aku anak si rimau ganas
Cucu Baginda Ali
Gemuruh akan suara ku
Halilintar akan mata ku
Kilat akan senjata ku
Bergentar bumi bergentarlah aku
Bergerak bumi bergeraklah aku


PENDINDING MAKHLUK HALUS

Kau turut kataku
Jikalau kau tak turut kata ku
Mati dibunuh seri rama
Jikalau turut kata ku
Dihidup maharishi


Mantera diatas asalnya didalam bahasa Sanskrit di terjemah sebagai panduan, ini pada asalnya adalah mantera semasa tanah melayu dibawah jajahan Hindu, sezaman gangga Negara, walluhualam

MANTERA JURUS PUKULAN BATIN/JAUH

Jikalau mata engkau yang telah dengki
Mata engkau dipecahkan Allah
Jikalau tangan kaki engkau yang dengki kianat
Tangan kaki engkau dipatahkan Allah
Jikalau hati jantung limpa engkau yang berniat dengki kianat
Hati jantung limpa engkau dihancurkan Muhammad
Dihancurkan Baginda Rasullullah


GAYUNG ANGIN

Alif Lam Mim
Zat kata Kena
Sifat kata jadi
Nama kata Gayung
Feel kata Maut

Alif Lam Lam Ha

Haaaaaaaaaaaq..................................Kaf Fa Ya Kaf

............................................nafas.....................................


PENUMBUK BISA

Bisa kulit ku
Panas isi ku
Racun tulangku
Isim uratku

siapa kena maut
siapa tak kena maut

Allah Huakbar................................

{ 3 komentar... read them below or Comment }

  1. Assalamualaikum.. tuan saya ingin bertanya.. adakah segala ilmu ni ada disertakan penawar dan pemulih.. dan boleh diijazahkan kepada sesiapa ke? dan adakah mentera yang dipaparkan ini mentera yang lengkap atau se
    bahagiannya sahaja..

    BalasHapus
  2. Bleh bgthu cara amalan lengkap?

    BalasHapus
  3. adakh mentera ni lengkap atau sebaliknya

    BalasHapus

Welcome to My Blog

Popular Post

Blogger templates


visitor counter

Recent Comments

Blogger templates

Test Footer 2

Facebook
">Index »'); document.write('

Facebook
?max-results=10">Label 6

');
    Facebook
    ?max-results="+numposts1+"&orderby=published&alt=json-in-script&callback=showrecentposts1\"><\/script>");

Pages

Powered By Blogger
Diberdayakan oleh Blogger.

Pages - Menu

About Me

Foto Saya
Afaaaaaaaaa.................h hai kawan2 ingat aku ya,,,yg slalu di hati

Pengikut

- Copyright © Indra Saputra Utama -Robotic Notes- Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -